SEJARAH SEKOLAH

ASAL-USUL NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud adalah antara sekolah yang tertua dan terbesar di daerah Raub. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1908. Nama Mahmud School diberi pada tahun 1939 selepas wujud lebih kurang 31 tahun.
 
Sebelumnya , sekolah ini dikenali juga dengan nama Private English School, Anglo Chinese School, Government English School dan Raub English School. Nama SMK Mahmud diasaskan sempena nama Al-Marhum DYMM Sultan Mahmud Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad iaitu Sultan Pahang yang ke-2 (1914-1917).
 
 
TARIKH & PERASMIAN
Sekolah ini telah ditubuhkan oleh En. M.S Nathan dalam bulan Mac 1908 sebagai sebuah sekolah persendirian dengan seramai 25 orang murid.
This entry was posted in SEJARAH. Bookmark the permalink.